“Apa cara untuk hentikan Israel terus bedil Gaza” – Hamas

- Advertisement -

GAZA – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian pada Ahad bagi membincangkan ‘apa cara yang boleh digunakan’ untuk menghentikan Israel daripada terus membedil Gaza.

Kedua-dua pemimpin itu turut berbincang mengenai perkembangan kegilaan Zionis ke atas Semenanjung Gaza, kata Hamas dalam hantaran yang dikongsi dalam aplikasi Telegram, lapor Utusan.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei sebelum ini menegaskan, Tehran tidak terlibat dalam serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu, namun, memuji tindakan berkenaan.

Menurut pentadbiran Amerika Syarikat, tiada “maklumat jelas” yang boleh mengaitkan Iran dalam serangan itu pada masa ini, namun, Washington percaya, Iran “bersubahat” dalam serangan Hamas ke atas Israel.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat