Terserah Pengarah PRK Mahkota satukan Akmal-Teresa sepentas – Nie Ching

- Advertisement -

KLUANG – Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching menyerahkan kepada strategi politik Pengarah Pilihan Raya PRK DUN Mahkota, Datuk Onn Hafiz Ghazi sama ada untuk menyatukan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok atau sebaliknya.

Nie Ching yang juga Naib Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Parlimen Kulai tidak ada masalah sekiranya jentera pilihan raya PH -BN untuk mempertemukan Dr Akmal dan Teresa di pentas ceramah PRK DUN Mahkota.

“Saya rasa ini (cadangan) terpulang kepada pengarah pilihan raya PRK DUN Mahkota, (Onn Hafiz) bagi mereka fikir apa yang terbaik untuk dianjurkan kerana saya bukan pengarah pilihan raya, jadi bukan kapasiti untuk jawab,” responsnya ringkas,pada Isnin.

Ditanya adakah Teresa selaku Naib Pengerusi DAP Kebangsaan akan hadir berkempen di Mahkota, Nie Ching bagaimanapun tidak maklum akan perkara itu.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan perang antara Akmal dan Teresa sudah tamat.

Pun begitu situasi di Mahkota masih belum reda apabila didakwa pengundi Cina masih lagi kurang berpuas hati dengan kenyataan lantang Akmal terhadap Teresa terkait isu sijil halal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat