Semua jenis vaksin membantu kurangkan kematian, kata Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tanpa mengira jenis vaksin kadar keberkesannya telah berjaya mengurangkan jumlah kematian,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau, kadar kematian dalam kalangan 14 juta individu yang menerima dos vaksin lengkap hanya 0.01 peratus atau 1,400 kes.

Khairy ketika mendedahkan perkara itu berkata, perangkaan ‘breakthrough’ atau kematian selepas mendapat perlindungan dos lengkap suntikan imunisasi COVID-19 berkenaan tidak mengambil kira jenis vaksin yang diberikan.

Jelasnya, kajian populasi kendalian Institut Kesihatan Nasional (NIH) itu turut menunjukkan kadar kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dalam kalangan individu yang mempunyai sejarah imunisasi lengkap ialah 0.007 peratus atau 980 kes.

“Ini menunjukkan walaupun ada kematian direkodkan dalam kalangan mereka yang sudah lengkap suntikan imunisasi, vaksin masih berkesan.

“Perlu diingat vaksin bukan perlindungan 100 peratus, tetapi ia mampu membendung seseorang mengalami risiko gejala teruk dan kematian apabila dijangkiti.

“Keberkesanan vaksin ini dicatatkan meskipun berlaku penularan jangkitan disebabkan varian membimbangkan (VOC) seperti delta,” katanya pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah diraja bagi kementeriannya, di Dewan Rakyat, pada Khamis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat