FDA benarkan penggunaan dos penggalak Pfizer

- Advertisement -

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) memberi kebenaran dos penggalak vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech.

Namun, pemberian vaksin itu bagi warga emas berusia 65 ke atas dan juga mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan, termasuk mempunyai penyakit kronik serta pekerja di sektor berisiko.

Dos penggalak itu akan diberikan sekurangnya enam bulan selepas melengkap dos kedua vaksin.

Panel penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat dijangka mengundi kebenaran dos penggalak ini pada Khamis.

Presiden Joe Biden mengumumkan pada Ogos bahawa, kerajaan merancang untuk menggerakkan kempen dos penggalak untuk individu berusia 16 tahun dan ke atas minggu ini.

Bagaimanapun, ia masih menunggu kebenaran daripada FDA dan CDC kerana masih tiada bukti kukuh menunjukkan keperluan dos penggalak itu.

FDA bagaimanapun, hanya membenarkan dos penggalak diberikan kepada individu rentan dan menolak penggunaannya secara meluas.

Satu lagi pengeluar vaksin, Johnson & Johnson pula dilaporkan berkata suntikan kedua vaksin COVID-19 dapat meningkatkan keberkesanannya di Amerika Syarikat terhadap simptom sederhana dan teruk.

Beberapa negara termasuk Israel dan United Kingdom melancarkan kempen dos penggalak.

Amerika Syarikat sudah memberi suntikan dos penggalak kepada individu yang mempunyai masalah imun dan lebih 2 juta orang sudah menerima suntikan ketiga itu.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat