Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Desak Lokman Adam Dirujuk Lembaga Disiplin

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Datuk Lokman Adam yang melabelkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh, sebagai “Ketua Pemuda H20”.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah, Dato’ Aliff Firdaus Abd Hadi, berkata kenyataan itu boleh memberi persepsi negatif seolah-olah wujud perpecahan dalam parti, selain menjejaskan imej UMNO di mata rakyat kerana Lokman memegang jawatan sebagai Pengarah Komunikasi parti.

“Beliau adalah ahli UMNO berdaftar di Wilayah Persekutuan. Tindakan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan menyerang kepimpinan parti secara terbuka telah memberi gambaran buruk terhadap UMNO Wilayah Persekutuan. Kami mengusulkan supaya beliau segera dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO serta dilucutkan jawatan sebagai Pengarah Komunikasi,” katanya.

Menurut Aliff, UMNO memerlukan seorang pengarah komunikasi yang matang, bijaksana dan mampu membawa naratif positif, bukannya menjerumuskan parti dalam polemik dalaman yang memalukan.

Dalam masa sama, Pemuda UMNO Wilayah turut mengulas kenyataan beberapa pemimpin DAPSY yang mahu parti mereka memutuskan hubungan dengan Akmal Saleh.

“Kami menyambut baik perkara tersebut kerana sememangnya Pemuda UMNO Wilayah tidak pernah berhasrat untuk bekerjasama dengan DAPSY. Mereka dilihat saban hari membela pihak yang melakukan kesalahan, termasuk isu bendera terbalik di Pulau Pinang dan Pontian serta kes peneroka haram Musang King di Raub, Pahang,” katanya.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO Wilayah menegaskan bahawa kerjasama politik antara Pemuda UMNO dan DAPSY tidak membawa sebarang keuntungan kepada UMNO mahupun Barisan Nasional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat