Aeon Mall Klebang dikosongkan, terima panggilan ancaman bom

- Advertisement -

IPOH – Bangunan membeli-belah Aeon Mall Klebang di sini dikosongkan berikutan panggilan dipercayai ancaman bom.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan menghantar pasukan polis dan bantuan bomba untuk memeriksa lokasi terbabit.

Beliau berkata panggilan ancaman telah diterima oleh pekerja premis itu petang tadi.

Menurut seorang pekerja yang dikenali sebagai Aishah, 20, pada kira-kira 5.30 petang, loceng amaran dibunyikan dan para pekerja serta pelanggan diarah keluar dari bangunan empat tingkat itu.

Katanya polis bantuan turut memaklumkan operasi pusat beli-belah itu akan dihentikan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian.

Bangunan itu juga didapati telah dikosongkan. – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat