PM akui tak campur tangan kes mahkamah Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menegaskan tidak wujud campur tangan beliau dalam kes rayuan akhir membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Ismail Sabri menafikan dakwaan kononnya wujud campur tangan beliau dalam kes mahkamah Najib.

“Tiada, tiada,” jawab Perdana Menteri ringkas ketika ditanya pemberita berhubung dakwaan itu selepas menyempurnakan penutupan Majlis Konsultasi Bajet 2023 di Putrajaya pada Selasa, lapor Utusan.

Najib kini sedang merayu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nasib beliau bakal ditentukan oleh panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ahad lalu, Najib melafazkan sumpah laknat bagi menafikan pembabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC dan tidak pernah mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta itu, datangnya daripada syarikat itu secara langsung atau tidak, sehingga kini.

Semalam mesyarat tergempar melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO yang berlangsung Menara Datuk Onn parti itu gagal mencapai kata sepakat untuk mendesak Perdana Menteri, campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat