PAS Sendiri Akan Heret Pimpinan Ke Muka Pengadilan Jika Terpalit Rasuah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS akan terus memperjuangkan integriti dan melawan rasuah.

Alhamdulillah, PAS sehingga hari ini konsisten tidak disabitkan dengan kes rasuah meskipun mentadbir tiga buah negeri dan sebahagian kementerian dalam Kerajaan Persekutuan,” kata Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin.

Malah katanya, sekiranya terdapat kes dalam PAS, PAS sendiri yang akan bawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

“Saya juga menggesa agar kes-kes rasuah dan pecah amanah dalam kalangan ahli politik seperti kes Lim Guan Eng, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Seri Zahid Hamidi dapat dihakimi dengan seadilnya sebelum PRU-15 agar dapat mengembalikan tahap kepercayaan rakyat kepada institusi kehakiman, legislatif dan Eksekutif di dalam negara ini.

“Lebih memalukan, apabila ada yang telah dan cuba menggunakan kuasa politik untuk membebaskan diri daripada dibicarakan secara adil di mahkamah.

“Sekiranya berani dan benar, berilah kepercayaan sepenuhnya kepada mahkamah sebagai ruang untuk bebaskan diri daripada tuduhan seterusnya menghentikan tohmahan dan fitnah orang ramai,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau juga berharap Malaysia akan bebas daripada kotoran dan najis rasuah pada masa akan datang.

Tegasnya, PAS konsisten menolak budaya rasuah seiring dengan larangan agama Islam yang mengharamkan umatnya memakan harta orang lain dengan cara yang batil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat