Laporan Audit Forensik LCS Dinyahklasifikasikan – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dokumen laporan audit forensik dalaman Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) mengenai pembinaan enam buah kapal Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dinyahklasifikasikan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, langkah tersebut dilakukan selaras dengan keputusan jemaah menteri kabinet untuk menyahklasifikasikan dokumen penting dalam laporan tersebut.

“Selaras keputusan Jemaah Menteri untuk ‘declassify’ laporan Audit Forensik dalaman Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) mengenai #LCS; Lembaga Pengarah BHIC telah bermesyuarat dan setuju dokumen tersebut dinyahklasifikasikan.

“Ia boleh didapati di laman web rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menerusi pautan di bawah :- https://www.parlimen.gov.my/pac/publication-details.html,” ujarnya, dipetik dari kenyataan di Facebook beliau, sebentar tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat