Sudah-sudahlah rebut kuasa, ikhlas bantu negara – Tengku Hassanal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menasihatkan semua wakil rakyat agar berubah kepada politik yang lebih matang, jujur dan ikhlas untuk membantu negara.

Tengku Hassanal bertitah, rakyat dan negara tidak wajar dibebani dengan kemelut politik dan perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.

“Suka saya ingatkan sekali lagi kepada semua wakil rakyat saya, ini bukanlah masanya untuk kita berebut kuasa, ini bukanlah masanya untuk kita semua bersengketa, ini bukan masanya untuk kita banyak berbicara tanpa berbuat apa-apa.

“Sebaliknya, inilah masanya untuk kita semua bersama, demi negara, negeri dan rakyat jelata. Dalam keadaan wabak pandemik ini (COVID-19), rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada kita semua,” titah baginda memetik Utusan.

Baginda bertitah demikian sempena Mesyuarat Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Sri Pahang di Kuantan pada Isnin

Dalam pada itu, Tengku Hassanal turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Baginda berharap Perdana Menteri dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab besar yang diamanahkan oleh Allah SWT dengan sebaik mungkin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat