19,053 Pesakit Covid-19 Sembuh, 17,672 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 17,672 kes berbanding semalam, 19,807 kes.

Jumlah itu berada di bawah kes sembuh yang mencatatkan 19,053 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 174 kematian dicatatkan dengan 1,040 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 502 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 260,700 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,316 kes diikuti Sabah (2,474), Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).

“Enam negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Perak (952), Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470) dan Melaka (363).

“Satu negeri dan wilayah mencatatkan kes dua angka iaitu Perlis (57) dan Putrajaya (24) manakala hanya Labuan merekodkan tujuh kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat