Xiaomi Gaming Monitor 34″ Dan Portable Photo Printer Di Malaysia Pada 24 Ogos Ini

- Advertisement -

Pada bulan Julai yang lalu, Xiaomi telah melancarkan Mi Curved Gaming Monitor 34” untuk pasaran Eropah dengan harga €399. Pada bulan September pula, mereka memperkenalkan Mi Portable Photo Printer untuk pasaran China. Kini, kedua-dua peranti tersebut akan memasuki pasaran Malaysia yang akan dilancarkan pada 24 Ogos ini. Ia telah diumumkan oleh Xiaomi Malaysia melalui laman Facebook mereka.

Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor 34”

Bagi yang inginkan sebuah monitor gaming yang besar dan ultra lebar, Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor 34” adalah salah satu model yang sesuai untuk anda.

Harga Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor 34” Malaysia

Ia menampilkan panel LCD WQHD 34 inci dengan resolusi 3440 × 1440 piksel, tahap lengkungan 1500R, nisbah 21: 9, kadar penyegaran 144Hz, gamut warna NTSC 85%, 16.7 juta warna (8-bit ), Nisbah kontras 3000: 1, masa tindak balas 4ms, kecerahan 300 nits, dan menyokong AMD FreeSync Premium.

Di bahagian belakangnya, ia tersedia dengan port 2x HDMI 2.0, 2x DisplayPort 1.4, 1x audio jack 3,5 mm, dan 1x AC imput.  Harga untuk pasaran Malaysia masih lagi belum didedahkan. Namun ia dijangka berharga sekitar RM1699 sehingga RM1999.

Xiaomi Mi Portable Photo Printer

Untuk Mi Portable Photo Printer pula, ia merupakan pencetak gambar bersaiz poket dengan rekaan yang menyerupai power bank. Peranti ini mampu mencetak foto dalam resolusi 313 × 400 dpi. Ia juga memerlukan sekitar 45 saat untuk satu cetakan gambar menggunakan teknologi ZINK (Zero Ink).

Harga Xiaomi Mi Portable Photo Printer Malaysia

Pencetak ini dilengkapi Bluetooth 5.0 untuk dihubungkan dengan telefon pintar yang dikendalikan melalui aplikasi MIJIA. Ia juga dapat mencetak maksimum 20 foto dengan pengisian penuh bateri 500mAh yang boleh dicas melalui port MicroUSB. Untuk harga di Malaysia, pencetak mudah alih ini dijangka dijual dibawah harga RM300.

Mesramobile.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat