Pengumuman penghargaan PM beri kelegaan buat rakyat – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pendekatan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi, memberikan kelegaan kepada rakyat, di samping mengukuhkan daya tahan fiskal negara dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM), Datuk Fahmi Fadzil menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyemarakkan semangat cinta akan tanah air.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman langkah-langkah Kerajaan Madani yang memberikan kelegaan kepada rakyat, serta memacu kestabilan ekonomi negara.

“Pengumuman ini membuktikan kepekaan Kerajaan Madani terhadap denyut nadi rakyat, serta komitmen untuk meringankan beban melalui pelbagai bentuk bantuan.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Madani akan terus berusaha menyeimbangi keperluan meningkatkan kedudukan kewangan negara dengan tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

“Langkah yang diambil ialah hasil pertimbangan teliti dan berlandaskan prinsip keadilan sosial serta kemampanan ekonomi,” kata Fahmi.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, inilah masanya untuk kita bersatu hati dan jiwa, menghargai nikmat kemerdekaan, dan bersama-sama menyumbang kepada kemakmuran negara.

“Kerajaan akan terus memperkukuh agenda pembangunan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Belanjawan Malaysia Madani yang sedang digarap demi manfaat rakyat seluruhnya,”ujar Jurucakap Kerajaan Perpaduan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat