Jepun Lulus Guna Dexamethasone Untuk Rawat Covid-19

- Advertisement -

TOKYO: Kementerian Kesihatan Jepun meluluskan penggunaan steroid murah, dexamethasone sebagai rawatan ke-2 Covid-19 selepas percubaan di Britain menunjukkan ubat itu berjaya mengurangkan kadar kematian pesakit di hospital.

Kementerian itu menyenaraikan dexamethasone sebagai pilihan untuk rawatan bersama ubat antiviral remdesivir menerusi semakan dalam buku panduannya baru-baru ini. Semakan itu dilaporkan secara meluas oleh media Jepun pada Rabu.

Dalam keputusan yang diumumkan bulan lalu, percubaan oleh penyelidik di United Kingdom menunjukkan dexamethasone ialah ubat pertama yang menyelamatkan pesakit Covid-19 yang dianggap saintis sebagai kejayaan besar dalam pandemik koronavirus.

Nichi-Iko Pharmaceutical Co antara syarikat yang menghasilkan ubat tersebut.

Bulan lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa pengeluaran dexamethasone dipertingkatkan bagi merawat pesakit kritikal Covid-19.

Menurut laporan, saintis dari Universiti Oxford memberikan dexamethasone kepada kira-kira 2,000 pesakit dan ia didapati dapat mengurangkan 35% pesakit kritikal yang dijangkiti virus itu.

Dexamethasone yang berada dalam pasaran sejak 60 tahun lalu, digunakan untuk merawat keradangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat