Isteri Premier Sarawak, Juma’ani Bujang Meninggal Dunia

- Advertisement -

KUCHING – Isteri kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, iaitu Puan Sri Juma’ani Bujang, telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada jam 3.34 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS), Datuk Abdullah Saidol, menerusi satu hantaran WhatsApp kepada media.

Menurut beliau, upacara penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Negeri pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari sebelum jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.

Allahyarhamah Juma’ani merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak kedua, Tun Datuk Patinggi Bujang bin Tuanku Othman.

Beliau meninggalkan dua orang cahaya mata, iaitu Abang Abdillah Izzarim, 45, dan Dayang Norjihan, 43.

PM Anwar Ibrahim Zahir Rasa Dukacita

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah menerusi hantaran di laman media sosial beliau.

“Saya dan Azizah berduka menerima khabar pemergian Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, isteri kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg awal pagi tadi.”

“Seluruh ingatan kami pada keluarga Allahyarhamah, terutama buat Abang Jo yang baru saya temui semalam. Moga terus sabar dan tabah menerima ujian ini.”

“Kami sekeluarga menitipkan doa semoga ruh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat