Azmi Rohani dilantik Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara kuat kuasa 1 Julai 2025

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pelantikan Tan Sri Azmi Rohani sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara berkuatkuasa mulai 1 Julai 2025.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar percaya dengan pengalaman yang luas dan kredibilliti Azmi akan dapat memperkukuhkan pentadbiran di Istana Negara serta memainkan peranan sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja dalam membantu dan menjunjung wewenang Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Tan Sri Azmi Rohani sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara berkuatkuasa mulai
1 Julai 2025,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Azmi, 59 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan (Ekonomi dan Pengurusan), Universiti Kebangsaan Malaysia, Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah
(Pentadbiran dan Pembangunan Tanah), Universiti Teknologi Malaysia.

Memiliki pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun, beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah Muar pada tahun 1992.

Jawatan terakhir beliau adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor sejak 1 Januari 2017.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat