Jika Diampunkan, Najib Tak Boleh Salahkan Proses Penghakiman Kerana Salah Tetap Salah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya Datuk Seri Najib Razak mendapat Pengampunan Diraja beliau tidak berhak untuk menyatakan bahawa pemenjaraanya disebabkan oleh proses penghakiman yang salah atau beliau dibebaskan kerana beliau tidak bersalah.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu wajar menerima hakikat bahawa tidak ada masalah dari segi proses penghakiman dan beliau tetap salah cuma mendapat perkenan budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan juga Lembaga Pengampunan untuk dilepaskan dari penjara.

Dalam podcast Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan berpendapat tidak ada untungnya kepada Najib dengan tindakan beberapa pimpinan Umno yang menunggang isu pemenjaraan ini kerana cuma hanya ada satu jalan iaitu sama ada beliau mendapat Pengampunan Diraja atau tidak.

Kata Khairy, kalau Najib dapat pengampunan nanti itu tidak bermakna Najib tak bersalah.

“Tindakan Perdana Menteri menjawab isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Dewan Negara membuktikan beliau sangat pentingkan tatakelola, kebebasan institusi dan nak tunjuk bahawa tiada kesalahan dalam hal ini.

“Anwar cuba paparkan proses yang mengadili Najib betul dan kalau dapat pengampunan nanti tak bermakna Najib tak salah tapi atas sebab-sebab yang lain jika diberi pengampunan mungkin Anwar ada usaha ke arah itu,” katanya pada Jumaat.

Pun begitu, Khairy menegaskan Pengampunan Diraja itu adalah 100 peratus bergantung kepada budi bicara Agong.

“Ini bermakna, Anwar dalam Dewan Negara menjelaskan bahawa Hakim Nazlan tak melakukan kesalahan dan soal kod etika itu pun telah diselesaikan oleh badan kehakiman dan dalam konteks kalau berlakunya pengampunan satu hari nanti itu tidak bermaksud Najib tak salah dari segala kesalahan yang menyebabkan dia masuk ke penjara.

“Ini seolah-olah satu usaha jika Najib keluar penjara… dapat pengampunan dia tak boleh kata “saya telah dipenjarakan atas proses kehakiman yang salah ataupun saya dibebaskan dan diberi pengampunan sebab saya tak salah.

“Anwar nak kata, tidak. Kalau Najib diberikan pengampunan kamu kena terima hakikat tidak ada masalah dari segi proses penghakiman, kamu tetap salah,” jelas Khairy lagi.

Perkembangan sama, Khairy mengkritik serangan bertubi-tubi daripada pimpinan Umno yang tidak berpuas hati dengan jawapan Perdana Menteri berhubung Hakim Nazlan seperti ahli MKT Umno, Isham Jalil dan Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau menyifatkan ini adalah serangan terhadap badan kehakiman.

“Apabila Perdana Menteri nyatakan ini tak ada masalah, kenapa perlu ada serangan bertubi-tubi terhadap institusi kehakiman negara kita? Mereka ini mempertikai, meremehkan badan kehakiman kita.

“Dinamika dalaman Umno yang mana yang dah jadi menteri ini best dah lupakan Bossku tapi masih lagi ada pejuang-pejuang Bossku yang komited,” katanya.

Shahril pula mengimbas, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga pernah diaibkan di Dewan Merdeka dalam isu Najib ini maka Umno dan pemimpin Umno telah pun komited kepada naratif ini tak boleh buat-buat diam.

“Dulu waktu saya Ketua Penerangan Umno saya tak mainkan isu ini (Najib) mungkin sebab itu orang Umno kurang senang, saya hormati Najib, saya hormati hak dia untuk merayu, saya tak serang kehakiman saya tak main game itu.

“Dulu ada sesetengah pemimpin main game ini tapi sekarang dia dah tak nak sebab dia dah jadi menteri atau ada kedudukan tertentu cuma Isham Jalil konsisten tapi tak hormati cara dia hina badan kehakiman.

“Orang Umno sepatutnya kena berterusan macam dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini. Kalau tahun depan PAU tapi Najib masih tak keluar (penjara) takkan nak nangis sekali lagi, isu ini perlukan closure. Apakah yang Umno nak perjuangkan dalam hal ini,” ujarnya.

Tambah Shahril lagi, urusan kehakiman ke atas Najib sudah selesai.

“Sekarang di tahap dapat pengampunan atau tidak, tunggu dalam lembaga pengampunan.

“Ada ramai orang menunggang isu ini tapi perkara ini tidak mengutungkan Najib pun, hanya ada satu jalan pengampunan atau tidak pengampunan ,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat