Nabila pertahankan tindakan Sharnaaz Ahmad

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Bekas isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila akan sentiasa mempertahankan bapa kepada anaknya, Jebat Jayden yang didakwa memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut, di sini, baru-baru ini.

Nabila berkata, walau apapun yang berlaku dia akan menyokong dan sentiasa berada di belakang Sharnaaz.

“Ketika mendengar berita itu, saya akui terkejut. Sudah pasti saya bertanya kepada Sharnaaz mengenai apa yang terjadi.

“Saya tak nak komen lebih lanjut sebab kes ini masih dalam siasatan polis. Cuma saya tahu apa yang berlaku di sebaliknya.

“Apa pun yang berlaku Sharnaaz tetap bapa kepada anak kami. Saya menyokong dia dan hubungan kami pun memang baik demi anak,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi Naelofar x Disney Alice in Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya sebentar tadi.

Menurut Nabila, Sharnaaz turut mengalirkan air mata ketika bertemu dengan anaknya sebaik dibebaskan dengan jaminan polis, Isnin lalu.

“Sharnaaz hantar video dia bertemu Jayden selepas dibebaskan dengan jaminan polis. Dia menitiskan air mata ketika Jayden memeluknya. Saya beritahu Sharnaaz, apapun yang terjadi, terus pandang ke hadapan dan esok adalah hari baru.

“Mengenali Sharnaaz, dia seorang yang tegas dan bertanggungjawab. Dia sangat sayangkan anak dan saya tak boleh nafikan perkara itu,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat