MMA Gesa Siasat Dakwaan Vaksin Dijual RM400 Dua Dos

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa pihak berkuasa dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) membuat siasatan penuh berhubung dakwaan vaksin dijual oleh syarikat swasta bukan penjagaan kesihatan kepada kumpulan persendirian.

Presiden MMA, Prof Datuk Dr M Subramaniam, berkata pihaknya dimaklumkan vaksin berkenaan dijual dengan harga kira-kira RM400 bagi dua dos untuk seorang individu.

Katanya, proses vaksinasi pula didakwa dijalankan sebuah fasiliti penjagaan kesihatan swasta.

“MMA memandang serius perkara ini kerana ketika ini, kerajaan Malaysia adalah pengimport dan pengedar rasmi vaksin yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Jika dakwaan mengenai jualan vaksin secara persendirian ini terbukti benar, tindakan tegas mesti diambil terhadap syarikat swasta dan fasiliti penjagaan kesihatan swasta yang terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BH

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat