BARCELONA: Pemain tengah Barcelona Philippe Coutinho berharap dapat menyelesaikan pertukaran tetap ke kelab baru musim panas ini, tetapi pilihannya terhad memandangkan harganya yang sangat besar
Sehingga Philippe Coutinho membuat keputusan mengenai masa depannya musim panas ini, dia akan terus dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Liverpool.
Pemain Brazil itu meninggalkan kelab tersebut pada 2018 untuk menyelesaikan perpindahan impian ke Barcelona – sebelum keadaan menjadi “suram” dan dia dihantar ke Bayern Munich secara pinjaman.
Musim panas ini, Coutinho berharap dapat menyelesaikan pertukaran tetap ke kelab baru, tetapi pilihannya terhad memandangkan nilai perpindahannya yang sangat besar dan kenyataan bahawa dunia semakin hampir dengan cabaran kewangan berikutan wabak global.
Barcelona memiliki komitmen gaji terbesar dari mana-mana kelab di planet ini, dan memandangkan Coutinho tidak ada dalam perancangan musim depan mereka, menyingkirkannya dari kelab itu adalah satu keutamaan.
Hasilnya, kelab ini telah menurunkan harga yuran perpindahan sebanyak £ 100 juta pemain Brazil itu kepada hanya 70 juta euro (£ 63 juta) sahaja, menurut laporan dari Sepanyol – Daily Mirror
Olahan dan Tejermahan: SuaraTV