Pengasas Harakah Daily Subky Latif Meninggal Dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengasas akhbar Harakah, Ahmad Subky Abdul Latif meninggal dunia hari ini.

Beliau yang juga veteran PAS meninggal pada usia 80 tahun, pukul 11.05 pagi tadi di rumahnya di Padang Balang, Gombak.

Pemergian Subky Latif dimaklumkan oleh beberapa orang anaknya melalui hantran di Facebook.

“Dukacita ingin dimaklumkan ayahanda kami Subky Latif telah pun menghembuskan nafas terakhir.

“Segala salah dan silap mohon diampunkan. Doakan arwah ditemoatkan bersama para Nabi, sahabat, orang-orang soleh. Amin, ” kata mereka.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah selepas solat asar petang ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat