Paip Pecah: Bekalan Air Tiga Daerah Di Selangor Kembali Disalurkan

- Advertisement -

KLANG – Bekalan air di lebih 100 kawasan yang terjejas sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Selangor mulai disalurkan selepas kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cherakah, Puncak Alam siap sepenuhnya pukul 3 pagi tadi.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abas Abdullah berkata, kerja pembaikan paip saluran utama berdiameter 2,200 milimeter (mm) berjalan dilakukan sejak pukul 9 pagi semalam.

“Kini, penyaluran air bermula dari kolam Bukit Mayong ke kolam Lam Bee sebelum disalurkan kepada pengguna. Jadi, kami jangka kawasan dalam kumpulan pertama yang diklasifikasikan terima air selewat-lewatnya pukul 12 tengah malam ini,” katanya dalam program pengagihan air botol kepada penduduk Pangsapuri Pendamar A di sini, hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, lebih sejuta penduduk di sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip pecah.

Insiden tersebut menyebabkan penduduk lebih 100 kawasan di wilayah-wilayah berkenaan terputus bekalan air mulai pukul 9 pagi hari ini sehingga 9 malam pada 24 Mei (Rabu) ini sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Dalam pada itu, Abas memaklumkan bekalan air kawasan dalam kumpulan kedua pulih sepenuhnya kira-kira pukul 9 malam esok.

“Saya harap penduduk dalam kawasan yang terjejas dapat bersabar sedikit lagi. Kami mohon maaf atas apa yang berlaku namun akan sentiasa komited menyelesaikan semua permasalahan berkaitan bekalan air secepat mungkin,” ujarnya.

Terdahulu, beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri menyerahkan 400 botol air minuman sumbangan Air Selangor kepada penduduk di pangsapuri berkenaan.

Salah seorang penduduk pangsapuri, Sharifah Ahmad Nor, 38, berkata, bekalan air di rumahnya terus tiada kira-kira pukul 8.30 malam semalam, namun membuat simpanan sebaik sahaja mengetahui makluman daripada Air Selangor.

“Harap bekalan air pulih semula secepat mungkin bagi membolehkan saya sekeluarga dapat menjalankan rutin harian setiap hari.

“Bila tak ada air ini, kehidupan agak rumit sedikit lebih-lebih saya ada anak kecil yang masih menyusu dengan saya,” katanya yang sudah lima tahun tinggal di situ. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat