Syarikat pembuatan berteknologi tinggi kedua Ferrotec labur hampir RM1 bilion di Kulim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ferrotec Holdings Corporation syarikat pembekal global bahan, komponen, dan penyelesaian sistem ketepatan melancarkan kemudahan pembuatan berteknologi tinggi kedua di Kulim, Kedah dengan pelaburan hampir RM1 bilion (AS$226 juta).

Kemudahan kedua Ferrotec di Kulim akan meliputi hampir sejuta kaki persegi di atas tanah seluas 8.09 hektar, dengan lebih daripada 700 mesin kawalan numerik komputer (CNC), barisan pengeluaran pintar, sistem berteknologi Internet Semua Benda (IoT) dan keupayaan penyelenggaraan ramalan, selaras dengan piawaian Industri 4.0.

Dijadualkan siap dalam tempoh setahun, kemudahan ini dijangka menghasilkan lebih 1,000 pekerjaan bernilai tinggi dan meningkatkan kapasiti pembuatan ketepatan Ferrotec untuk komponen semikonduktor.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Ibrahim Sikh Abdul Majid, berkata pengembangan berterusan Ferrotec menekankan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama untuk pelaburan berteknologi tinggi dalam sektor semikonduktor.

“Komitmen ini bukan sahaja mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar, infrastruktur, dan bakat kita, tetapi juga mengukuhkan cita-cita kita untuk menjadi peneraju serantau dalam pembuatan maju.

“Kami menantikan kerjasama yang lebih erat apabila Malaysia memajukan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan memupuk pertumbuhan yang dipacu inovasi dan lestari,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, pengembangan ini selaras dengan NIMP 2030 dan inisiatif E10 Kedah, kedua-duanya bertujuan untuk meletakkan negara sebagai hab serantau untuk pembuatan maju dan transformasi digital.

Majlis pecah tanah Ferrotec dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah, Noor Ikhsan Abdul Aziz; Pengarah MIDA Kedah, Mohd Rushdan Mohd Ghazali; Presiden Ferrotec, HangZhou Bao You Wei; serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Ferrotec Holdings Corporation, He Xian Han.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat