“Belum tentu Pas menang Islam akan tertegak, jangan tangguh haji dan umrah”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menangguhkan kemenangan Pas tidak bermakna menangguhkan kemenangan Islam justeru pengundi tidak perlu menangguhkan ibadah haji dan umrah mereka.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi ( MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi menegaskan, belum tentu Pas menang maka Islam akan tertegak.

“Apatah lagi kalau Pas menang di PRK Ayer Kuning. Setakat menang satu kerusi tidak mengubah kerajaan perpaduan di Perak.

“Lebih baik tangguhkan kemenangan Pas. Menangguhkan kemenangan Pas bermakna menghentikan politik kebencian agama juga penggunaan ayat ayat al- Quran dan hadis sesuka hati. Ia termasuk fatwa fatwa politik yang mengelirukan,” katanya pada Rabu.

Puad berkata, Pas pun tidak membuktikan apa-apa bila berkuasa.

“Seperti di Kelantan dan Terengganu. Apa kejayaan Pas?

“Tangguh kemenangan Pas. Jangan tangguh haji dan umrah,” seru Puad.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ceramah mega pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu lepas dilaporkan berkata, masyarakat Islam di negara ini perlu mengutamakan kemenangan politik termasuk menangguhkan hasrat menunaikan ibadah umrah dan haji.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Zulkifli Hasan berkata sesiapa yang telah terpilih sebagai Dhuyufurrahman (tetamu Allah), perlu menyambut seruan dan menunaikannya dengan penuh keikhlasan.

Beliau berkata, ibadah haji dan umrah merupakan rukun dan ibadah utama dalam Islam dan ia tidak sepatutnya diperkecil atau dibandingkan dengan kepentingan politik kepartian.

“Islam tidak pernah mengajar kita untuk meninggalkan ibadah – demi merebut kemenangan politik. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar, yang sentiasa menyatukan kita atas titik akidah yang menyuburkan kedamaian, persaudaraan dan juga perpaduan,” katanya.

Justeru, Zulkifli berkata, kenyataan kemenangan politik sebagai lebih utama daripada menunaikan umrah dan haji memerlukan penelitian lebih mendalam dan dilakukan dengan penuh hati-hati supaya tidak disalah erti, bahkan boleh menatijahkan pemikiran ekstrem, ketaksuban dan kefanatikan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat