Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatalkan, diganti majlis tahlil dan doa selamat

- Advertisement -

CYBERJAYA – Semua acara sempenan sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 yang dijadualkan berlangsung di Pangkalan TLDM Lumut pada Jumaat ini telah dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati anggota keluarga serta waris kepada 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam nahas dua helikopter pagi tadi.

“Pembatalan itu termasuk majlis perbarisan sempena ulang tahun tersebut di Pangkalan TLDM di sini pada minggu ini serta Hari Terbuka Armada yang dijadualkan dari 3 hingga 5 Mei 2024.

“Semua acara itu dibatalkan. Ia (pembatalan) mendapati perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM,” katanya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat