Zuraida ‘welcome’ jika Tun M sokong PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Saya amat mengalu-alukan sokongan Tun Mahathir kepada Perikatan Nasional (PN)”.

Demikian reaksi ringkas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin terhadap desas-desus kerajaan PN kini cuba menarik sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, beliau tidak mengetahui perkara tersebut kerana tidak terlibat dalam urusan berkenaan.

“Saya amat welcome (mengalukan) perkara ini. Sebab itulah cadangan saya dari dulu sampai sekarang,” katanya memetik Utusan.

Beliau mengulas mengenai ura-ura PN cuba memujuk Dr. Mahathir untuk menyokong kerajaan PN khususnya membantu kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malah Dr. Mahathir pernah menyatakan kesediaan untuk menyertai PN sekiranya individu yang yang bergelar “penjenayah” tidak berada dalam gabungan parti tersebut.

Menerusi wawancara bersama sebuah portal berita, Ahli Parlimen Langkawi itu turut mengakui bahawa ada usaha yang dilakukan untuk membawanya menyertai gabungan PN.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata usaha itu gagal kerana beliau tidak boleh bekerjasama dengan beberapa ‘penjenayah’ yang menyokong kerajaan sekarang. -SuaraTV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat