“Sesiapa Yang Masih Hidup Selepas Menang Covid-19, Bolehlah Berpolitik” – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebelum menutup harinya semalam, Datuk Seri Najib Run Razak sempat menghantar posting berbunyi nasihat kepada pihak yang ligat berpolitik ketika negara dalam keadaan sedang menghadapi wabak.

Dalam menyatakan maksudnya, Najib bersetuju dengan kenyataan seorang Menteri Sarawak.

Kata Najib, “ini bukan masa untuk main politik. Politik tidak selamatkan nyawa. Kita semua mempunyai peranan dan tanggungjawab kita. Buatlah yang terbaik.

“Lepas kita menang Covid-19 baru kita cakap pasal politik. Sesiapa yang masih hidup selepas menang Covid-19, boleh lah berpolitik.

“Jika kita terus kehilangan nyawa kerana Covid-19, apa gunanya berpolitik? Tidak kisah PN ke, PH ke, keliru ke, atas pagar ke.

“Kita semua perlu ingat bahawa kita masih belum menang dan krisis Covid-19 ini akan berlanjutan. Ini bukan masa berpolitik. Ini bukan masa untuk berkira.

“Terutamanya dari segi peruntukan dan agihan bantuan kepada rakyat. Kita perlu bersama-sama menghadapi cabaran Covid-19,” ujarnya, semalam.

Bagaimanapun jika sesiapa perasan, Najib semalam, beberapa kali menyentuh tentang soal “jangan berkira” ini dalam beberapa postingnya.

Menimbulkan persoalan juga. Ada apa yang beliau tahu, kita tak tahu ke? – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat