PKP dilanjutkan Lagi Hingga 12 Mei 2020

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka berakhir pada 28 April 2020 ini, dilanjutkan bagi tempoh dua minggu lagi sehingga 12 Mei 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu dalam sidang media yang sedang berlangsung di Putrajaya.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka berakhir pada 28 April 2020, akan dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 12 Mei 2020.

“Saya juga tidak menolak kemungkinan PKP ini akan dilanjutkan lagi,” katanya.

Dalam pengumuman itu juga, Muhyiddin mengumumkan bahawa terdapat sedikit kelonggaran berkenaan PKP kali ini.

Kerajaan, atas nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bersetuju untuk membenarkan pelajar-pelajar yang terkandas di kampus masing-masing untuk pulang ke rumah.

Walau bagaimanapun, proses tersebut masih dalam kajian, dan akan diumukan dalam masa terdekat.

Kerajaan akan memastikan pergerakan balik kampung dari kumpulan pelajar ini akan berjalan lancar dan tidak menjejaskan usaha kerajaan membendung jangkitan wabak Covid-19.

“Pelajar-pelajar di universiti tempatan akan dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat.

“Butiran terperinci berkenaan proses ini, akan diumum dalam masa terdekat,” katanya.

Kumpulan individu atau keluarga yag terperangkap di kampung-kampung atau di sesetengah tempat sebelum PKP dilaksanakan sebelum ini, turut dibenarkan untuk pergi atau balik ke destinasi mereka.

“Mereka yang ‘terperangkap’ di kampung atau di mana-mana kawasan sebelum PKP fasa pertama dilaksanakan, akan dibenarkan bergerak ke destinasi tertentu.

“Butiran terperinci berkenaan perkara ini akan diumum oleh kerajaan dalam masa terdekat.

“Pelaksanaan langkah ini akan dibuat secara teratur,” katanya dalam sidang media tersebut. – SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat