Kalau Masak Tak Jadi, Boleh Post Di Facebook – PM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebelum menyambut Ramadhan yang dibuat di Putrajaya hari ini sempat berseloroh di hujung ucapannya sebentar tadi.

Dalam ucapan tersebut beliau berkata, sekiranya tidak dapat ke Bazar Ramadhan pada tahun ini, bolehlah memasak di rumah.

Tetapi, sekiranya masakan tidak menjadi, beliau menambah, gambar masakan tersebut boleh dimuat naik dan dikongsikan ke laman Facebook.

“Jika masakan tidak jadi tak mengapa, boleh post di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini,” katanya.

Ucapan itu mungkin mampu mencuit hati sesetengah orang apabila satu group di facebook diwujudkan ketika tempoh PKP ini untuk menghimpunkan masakan-masakan yang tidak jadi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat