Dunia Sibuk Dgn Covid-19, Iran Lancar Satelit Pengintipan

- Advertisement -

TEHRAN: Dalam dunia bergelut dengan wabak Covid-19, kerajaan Iran melalui unit Pengawal Revolusi Republik nya, telah melancarkan satelit pengintipan tentera yang dikenali sebagai “Noor” (cahaya), buat pertama kali, menggunakan teknologi tempatan.

Ini menjadikan Iran sebagai antara satu dari sedozen negara di dunia yang berupaya melancarkan sendiri satelit ke orbit, lapor AlJazeera.

(Pelancaran satelit ke angkasa lepas oleh negara seperti Iran, biasa bukan tentang satelit tapi tentang keupayaan menghasilkan roket jarak jauh yang digunakan dalam pelancaran tersebut. Roket ini dibimbangi mampu digunakan untuk melancarkan peluru berpandu jarak jauh dengan kepala peledak nuklear).

Iran bagaimanapun menafikan teknologi nuklear negaranya adalah untuk kegunaan berkaitan persenjataan.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bagaimanapun ketika diminta mengulas tentang pelancaran tersebut, menyifatkannya sebagai ‘hanya untuk TV’ dan berkata negara itu tahu semua tentang program nuklear Iran dan mereka memantaunya setiap masa.

NORAD, pusat pemerintahan tentera yang bertanggungjawab ke atas keselamatan ruang udara Amerika Syarikat, bagaimanapun mengeluarkan “designator code” untuk objek yang memasuki orbit dan ia kelihatan konsisten dengan pelancaran “Noor”.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat