Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui program T-GEAR

Oleh Zihan Zari

CHERAS – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah melatih seramai 67 pelajar daripada 24 Kolej Vokasional (KV) seluruh negara melalui Program TVET Graduate Empowerment through Apprenticeship & Readiness (T-GEAR) di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan dekat sini, baru-baru ini.

Prasarana dalam kenyataan berkata
program T-GEAR memberi peluang kepada anak muda untuk menimba pengalaman industri secara langsung bersama pengendali pengangkutan awam negara.

“Prasarana terus memperkukuh peranannya dalam membina generasi tenaga mahir pengangkutan awam masa depan melalui pelaksanaan program T-GEAR, selaras dengan komitmen memperkasa bakat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan memenuhi keperluan industri mobiliti negara yang semakin berkembang.

“Mereka akan ditempatkan di beberapa depot bas di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada pendedahan praktikal dalam persekitaran operasi sebenar,”kata kenyataan itu.

Menurutnya, program T-GEAR ini menyasarkan penyertaan daripada 1,000 pelajar dalam tempoh lima tahun dalam bidang TVET rel, bas dan siber sekuriti sekali gus menyokong pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor pengangkutan awam.

“Program ini merupakan kesinambungan daripada inisiatif TVET yang telah diperkenalkan oleh Prasarana pada tahun
2025 seiring dengan agenda Kerajaan dalam menyokong aspirasi Dasar TVET Negara 2030.

“Di dalam bidang TVET bas, Prasarana melaksanakan modul Pengoperasian Bas Elektrik di mana para pelajar bakal mengikuti latihan berstruktur yang merangkumi pembelajaran teori, latihan praktikal di tempat kerja serta pendedahan kepada operasi sebenar pengangkutan awam,”katanya.

“Pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta Sijil Latihan Industri Prasarana Malaysia Berhad.

“Program di bawah seliaan Jabatan Pembelajaran dan Pembangunan serta Rapid Bus Sdn. Bhd. ini turut memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran teknikal serta kefahaman terhadap teknologi kenderaan elektrik yang semakin berkembang dalam industri mobiliti.

“Bagi tahun 2026, Program T-GEAR yang dilaksanakan oleh Prasarana menyasarkan penyertaan seramai 251 pelajar/graduan, terdiri daripada lepasan sekolah, pelajar institusi vokasional, pemegang diploma serta graduan universiti yang berminat membina kerjaya dalam bidang teknikal berkaitan rel dan bas, ”katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Prasarana, Dr.Harigaran Bharatham berkata pelaksanaan modul Pengoperasian Bas Elektrik di bawah Program T-GEAR mencerminkan komitmen Prasarana dalam memastikan pembangunan bakat yang selari dengan keperluan masa depan industri pengangkutan awam.

“Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh kemahiran
teknikal yang diiktiraf, malah menyediakan pendedahan langsung kepada teknologi mobiliti hijau yang kini semakin menjadi keutamaan dalam pembangunan sistem pengangkutan awam, katanya ketika berucap di Majlis Pembukaan Program T-GEAR.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM ), Ts. Zulkernai Fauzi berkata pendekatan latihan berasaskan industri seperti yang dilaksanakan melalui program T-GEAR mampu memperkukuh kebolehpasaran graduan TVET yang berkemahiran tinggi.

“Kerjasama strategik antara industri dan institusi latihan adalah penting bagi memastikan kurikulum latihan sentiasa relevan dengan keperluan industri.

“Program seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran secara praktikal di persekitaran kerja sebenar,” ujarnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat