Semua Masjid, Surau Di Perak Dibenar Solat Tanpa Penjarakan – Sultan Nazrin

- Advertisement -

IPOH – Semua masjid dan surau di Perak dibenar melaksanakan solat tanpa penjarakan fizikal bermula dengan solat Subuh pada 1 April ini.

Bermula tarikh tersebut, solat Jumaat hanya boleh dilaksanakan di masjid dan surau diri Jumaat sahaja, bukannya di semua surau seperti sekarang.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, bilangan jemaah yang dibenarkan pula ialah mengikut keluasan ruang masjid atau surau.

“Bagi pelajar asrama, pihak pengurusan diberikan budi bicara boleh mengadakan solat Jumaat dalam surau, bangunan atau kawasan institusi masing-masing,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Sesi Sembah Taklimat Aktiviti Masjid dan Surau di Perak Fasa Peralihan ke Endemik di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Menurut Sultan Nazrin, untuk solat tarawih sepanjang Ramadan ini, jawatankuasa dan pegawai masjid dibenarkan menggunakan budi bicara menentukan bilangan rakaat solat.

Jelas Baginda, ia boleh dilakukan atas pertimbangan meminimumkan risiko jangkitan dalam tempoh peralihan ini. Tazkirah yang dibenarkan selepas solat witir sepanjang Ramadan pula tidak melebihi 30 minit.

“Program qiamullail dan iktikaf pada waktu malam di masjid dan surau dibenarkan dengan mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan berpandukan nasihat Jabatan Kesihatan.

“Tadarus al-Quran, kuliah dan kelas pengajian juga dibenarkan di masjid dan surau,” titah baginda.

Baginda juga bertitah, hidangan berbuka iftar, moreh dan sahur di masjid atau surau pula dibolehkan dengan penyediaan makanan bungkus sahaja.

Dalam perkembangan lain, Sultan Nazrin maklum mengenai peratusan rakyat Perak yang menerima suntikan dos penggalak masih rendah terutama dalam kalangan penduduk di luar bandar.

Justeru, Baginda menitahkan Orang Besar Jajahan dan pegawai agama daerah berperanan aktif menyedarkan rakyat mengenai kepentingan imuniti untuk menangani wabak Covid-19. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat