Shafie Apdal, Syed Saddiq Kenang Setahun Tragedi Langkah Sheraton

KUALA LUMPUR – Sempena mengingati tragedi Langkah Sheraton yang kini genap setahun, ahli politik harus ingat bahawa kuasa dan pangkat yang dikejar bukan kunci kepada kejayaan sebuah negara.

Sebaliknya menurut Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, apa lebih penting dan utama adalah iltizam politik dan kesungguhan menjaga rakyat. Sebuah kerajaan yang telus, bersih dan adil adalah kerajaan yang mengunakan ruang dan peluang yang ada untuk mentadbir dengan baik untuk rakyat.

Mereka berdua menegaskan, perkara utama bukan jenama agama dan bangsa tetapi komitmen melindungi negara.

“Fokus dan cabaran kami adalah untuk terus mengangkat suara rakyat yang
susah, lapar dan sakit.

“Biarpun kuasa sudah bertukar tangan, ia tidak boleh menjadi alasan kepada kami untuk tidak berbuat apa-apa dan menunding jari seperti yang dibuat kerajaan hari ini.

“Langkah Sheraton tidak akan sesekali memadamkan ikhtiar dan usaha yang kami bina untuk sebuah negara yang sejahtera.

“Rakyat adalah tuan. Ahli politik harus ingat bahawa kita hanya wakil yang harus menurut kehendak dan kemahuan rakyat,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Semporna dan Muar itu, hari ini genap setahun peristiwa Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) telah dijatuhkan melalui pintu belakang dengan menggunakan alasan paling tidak munasabah – mahu mewujudkan sebuahpemerintahan yang didominasi oleh ‘Melayu-Islam’ pimpinan parti Bersatu, UMNO dan PAS yang dijenamakan sebagai Perikatan Nasional.

Bahkan, rakyat dimomokkan dengan kisah dongeng bagaimana sebuah kerajaan ‘Melayu-Islam’ tanpa DAP perlu segera dibentuk demi kebaikan rakyat terutama sekali kepada orang Melayu dan umat Islam khususnya.

Bagaimanapun, malangnya selepas setahun berlalu, tidak ada agenda, misi dan pencapaian yang boleh dibanggakan dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia merentas negeri, agama dan bangsa dari pemerintahan kerajaan ‘Melayu-Islam’
ini.

“Pemerintahan kerajaan ‘Melayu-Islam’ ini menyaksikan jumlah pengangguran rakyat terus meningkat kepada 772,900 orang pada kadar 4.8 peratus pada Disember 2020 dan tidak ada rancangan pemulihan ekonomi yang berjaya dibuat sehingga hari ini.

“Pemerintahan kerajaan ‘Melayu-Islam’ juga telah mengabaikan janji pemberian komputer riba kepada 150,000 murid berjumlah RM150 juta seperti yang dihebahkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 sehingga hari ini.

“Kegagalan menunaikan janji ini telah memaksa ibu-bapa daripada golongan B40 terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan peranti bagi keperluan pembelajaran anak-anak mereka termasuk mendapatkannya daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang,” ujar mereka.

Bukan itu saja, kerajaan ‘Melayu-Islam’ juga sering mencanangkan bahawa mereka serius dalam melawan Covid-19 tetapi peruntukan kepada kawasan Parlimen pembangkang pula dipotong seolah-olah mahu menyukarkan misi setiap Parlimen pembangkang untuk membantu rakyat yang susah, lapar dan sakit.

Kata Shafie dan Syed Saddiq lagi, akhirnya, rakyat pula yang menjadi mangsa hukuman politik kerajaan ‘Melayu-Islam’ PN.

“Apa pula jawapan kerajaan ‘Melayu-Islam’ apabila lebih 30,000 syarikat di negara ini telah menutup operasi mereka sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula pada Mac tahun lalu?

“Malah lebih 9,000 daripada jumlah tersebut merupakan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ternyata penutupan beberapa buah kilang industri yangberpindah ke negara jiran hanya mengesahkan bahawa kerjasama Bersatu, UMNO dan PAS dalam Kerajaan PN tidak lebih dari sekadar kosmetik dan jenama sahaja yang akhirnya tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat,” jelasnya.

Kata mereka berdua lagi, ketiga-tiga parti Bersatu, UMNO dan PAS yang membentuk Kerajaan PN sepatutnya mampu menarik lebih banyak pelaburan baharu daripada luar kerana gabungan yang dibentuk atas nama bangsa dan agama ini kerap kali mendakwa mereka adalah sebuah kerajaan yang stabil dan mempunyai keabsahan.

“Kestabilan tersebut seharusnya diterjemahkan dalam bentuk hasil pelaburan dan kegiatan ekonomi yang memberi keuntungan kepada rakyat. Malangnya ia tidak berlaku sehingga hari ini.

“Sebaliknya, Kerajaan ‘Melayu-Islam’ ini terlalu sibuk menyoal kesetiaan yang diikrarkan, sentiasa menyuarakan rasa sangsi dan tidak lagi mempercayai antara satu sama lain.

“Selepas beberapa siri pertukaran kepimpinan kerajaan negeri melalui undi di dalam Dewan Negeri, lompat parti dan pilihanraya negeri dalam tempoh PKP, ikatan ketiga-tiga parti tersebut hanya menunggu masa sahaja untuk terlerai. Kerajaan yang dibina atas nama pengkhianatan akan runtuh melalui pengkhianatan juga,” katanya.

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

SD Bukan Sokong Hisham TPM, Cuma Elak Kami Kena Jual – Ahli Parlimen UMNO

CYBERJAYA: 29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun (SD) memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai...

Berita Berkaitan

Pemalsuan Surat Pejabat Bendahari BN Wajar Disiasat – SU Akhbar

KUALA LUMPUR: Pemalsuan dokumen dan tandatangan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang tersebar di media sosial wajar disiasat dan diambil tindakan tegas oleh Polis...

“Tak boleh patah hujah kata cerita kartun”- Nazri bidas Zahid

KUALA LUMPUR - Serang menyerang hujah antara Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya...

Zahid kalau bab pemilihan UMNO dia buat-buat tak dengar – Nazri

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak agar sidang Parlimen diadakan segera, namun tidak mengendahkan desakan agar UMNO mengadakan pemilihan...