MAC Gesa Kerajaan Beri Keutamaan Kepada Penghidap HIV

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis AIDS Malaysia (MAC) menggesa kerajaan mewujudkan satu garis panduan khusus yang memberi keutamaan kepada mereka yang mempunyai gejala penyakit seperti HIV, untuk menerima vaksin COVID-19.

Presidennya Datuk Dr Christopher Lee berkata program imunisasi adalah bagi memastikan komuniti kelompok diwujudkan dalam komuniti bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, sekali gus menamatkan pandemik.

“Disyorkan semua mereka dengan HIV menjalani vaksinasi, tanpa mengira turutan CD4 selaras dengan garis panduan antarabangsa.

“Vaksin itu selamat bagi penghidap HIV,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dengan ketibaan vaksin COVID-19 di Malaysia di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pihak majlis berpegang pada pengecualian semasa nasional dan antarabangsa yang dibuat oleh pakar perubatan bahawa ‘Orang yang Hidup dengan HIV’ (PLHIV) boleh mendapat vaksinasi COVID-19 dengan selamat.

Menurut kenyataan itu, sehingga dibuktikan sebaliknya, seharusnya tidak ada sebarang sebab untuk menafikan PLHIV daripada diberikan vaksin.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat