Guru berisiko tinggi mungkin dapat vaksin fasa pertama- KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 55,539 guru yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi akan diusahakan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 pada fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, pertimbangan untuk memasukkan golongan pendidik dalam fasa pertama program vaksinasi terbesar negara itu dibuat selepas pihaknya menerima senarai daripada kementerian pendidikan.

Khairy yang juga menteri sains, teknologi dan inovasi berkata pihaknya akan usahakan untuk masukkan guru-guru ke fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu sebelum tarikh pembukaan sekolah.

Turut serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Kementerian pendidikan menetapkan sesi persekolahan bersemuka bagi murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua bermula 1 Mac ini manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam dibenarkan hadir ke sekolah pada 8 Mac.

Untuk sekolah menengah pula, sesi pembelajaran bersemuka akan bermula pada 4 April kecuali bagi pelajar Tingkatan Lima yang akan memulakan persekolahan mereka pada 8 Mac.

Mengenai simulasi hari ini, Khairy berkata proses pemberian vaksin oleh kementerian kesihatan ke atas seseorang individu akan mengambil masa 15 hingga 30 minit termasuk tempoh pemantauan terhadap penerima suntikan.

“Ini adalah amalan terbaik dalam memastikan mereka yang menerima vaksin ini selamat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat