Umno rangka formula kemenangan kukuh PRN Sabah, padu tangani sentimen lawan – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno perlu mendapatkan formula kemenangan yang kukuh sekali gus berkeupayaan menangani sentimen lawan.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Khaled Nordin berkata, Umno bahagian dan kekuatan sayap bahagian perlu terus diperkukuhkan bagi membolehkan Umno lebih bersedia menghadapi pilihan raya.

“Kesempatan semasa berada di Putatan, Sabah, saya telah bertemu dengan kepimpinan Umno Bahagian Putatan yang dipimpin oleh Jeffery Nor Mohamed.

“Menjelang PRN Sabah yang sudah tidak lama lagi, pertemuan itu memberi fokus kepada perbincangan tentang strategi dan perancangan akan datang Umno untuk PRN Sabah.

“Umno perlu mendapatkan formula kemenangan yang kukuh, berkeupayaan menangani sentimen lawan, dan bertindak berasaskan data untuk memahami sikap dan keperluan pengundi, terutamanya dalam kalangan golongan muda.

“Peranan Umno Bahagian dan kekuatan sayap Bahagian perlu terus diperkukuhkan bagi membolehkan Umno lebih bersedia menghadapi pilihan raya.

“Semoga Umno berupaya untuk mengukuh dan memperkuat kedudukannya di Sabah. Marilah sama-sama kita bekerja dengan berkesan dan beroleh kemenangan yang diimpikan pada PRN akan datang,” kata Khaled dalam catatan di Facebooknya.

Perkembangan lain, Menteri Pertahanan turut berkongsi beliau turut mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama kepimpinan Umno Negeri di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Sabah.

“Kehadiran saya ini juga adalah atas kapasiti sebagai Pengerusi Biro Perlembagaan dan Keahlian Umno Malaysia. Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada beberapa perkara, termasuklah berkenaan cadangan meningkatkan umur keahlian Puteri Umno kepada 40 tahun, begitu juga kaedah pemilihan pucuk pimpinan Umno.

“Cadangan-cadangan ini dibawa ke peringkat negeri untuk dibawa ke bahagian masing-masing. Saya berharap agar setiap bahagian dapat mengutarakan pandangan mengenai cadangan-cadangan ini untuk pertimbangan kepimpinan.

“Penyelarasan pandangan penting untuk mencapai matlamat akhir, iaitu memperkasakan organisasi parti agar lebih kukuh, kuat dan relevan dengan keperluan semasa. Melaluinya, Umno berupaya untuk mengatasi cabaran yang mendatang dengan lebih berkesan dan inklusif,” kata Khaled lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat