Nanti Hanipa bela pula penganjur himpunan antirasuah, tak relevan desak Mat Sabu letak jawatan – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Sabu tidak perlu meletak jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan seperti desakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi sebaliknya berkata, desakan Hanipa terhadap Presiden Amanah itu adalah tidak relevan.

“Saya yakin Hanipa Maidin tidak akan letak jawatan jika perhimpunan antirasuah diteruskan masa dia jadi Timbalan Menteri yang jaga undang undang dulu.

“Maka desakan beliau supaya Mat Sabu letak jawatan Menteri tidak relevan. Itu cara politik lama bila kamu sudah tidak lagi berjawatan.

“Sepatutnya Hanipa cabar pihak penganjur buatlah demo di Padang Merbuk. Tiada siapa yang melarang. Kenapa mesti buat di hadapan Sogo dan Dataran Merdeka? Kamu kenalah minta kebenaran Sogo dan DBKL. Itu isu dasar yang kamu bekas Timbalan Menteri Undang Undang amat maklum,” tegas Puad yang juga Speaker DUN Johor dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Beliau turut mengingatkan Hanipa supaya tidak perlu ungkit pengalaman turun naik mahkamah kerana membela Mat Sabu kerana sering buat demonstrasi haram dulu.

“Pokoknya kamu teruslah membela mereka yang menganjur perhimpunan di lokasi yang dilarang bila kena dakwa nanti,” ujar Adun Rengit itu lagi.

Hanipa sebelum itu menggesa Mat Sabu melepaskan jawatan sebagai menteri sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan antirasuah pada 25 Januari ini.

Hanipa memberitahu beliau telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya sebagai peguam mewakili Mat Sabu yang pernah terlibat dalam siri-siri perhimpunan aman sebelum ini.

Justeru katanya adalah wajar bagi Mat Sabu meletakkan jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sekiranya perhimpunan anjuran Bersih dan Suaram itu dihalang.

“Saya menghabiskan sebahagian besar hidup saya sebagai peguam bela mewakilinya, terutamanya dalam kes yang melibatkan hak untuk berhimpun secara aman.

“Kadang-kadang, saya sendiri ditangkap kerana mempertahankan haknya,” kata Hanipa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat