8 buruh paksa diselamatkan polis, kerja ladang sayur di Gua Musang tak dibayar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lapan warga Bangladesh yang dieksploitasi dan diperdaya untuk bekerja sebagai buruh paksa tanpa gaji dalam ladang sayur dekat Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, diselamatkan polis tengah hari kelmarin.

Ops Pintas kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dibuat sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata mangsa yang diselamatkan terdiri daripada lapan lelaki warga Bangladesh berusia di antara 27 hingga 47 tahun.

Beliau berkata, mangsa disyaki dieksploitasi dengan cara tidak dibayar gaji dan ada antara mereka sudah bekerja sejak enam hingga tujuh bulan lalu.

“Selain itu, 25 orang ditahan terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan 22 warga asing yang kesemua berusia lingkungan 24 hingga 50 tahun.

“Tiga lelaki tempatan ini berperanan sebagai pemilik dan pembantu ladang yang disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Atipsom 2007 serta Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” lapor BH pada Khamis.

Beliau berkata, tangkapan itu dibuat ketika polis menjalankan pemeriksaan terhadap semua individu di ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing.

Katanya, warga asing lain yang ditahan adalah pekerja ladang membabitkan warga Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka dan Indonesia.

Soffian berkata, ladang sayur yang diserbu ini mengusahakan tanaman kubis, bawang dan tomato.

“Tindakan juga diambil mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 372B/373 Kanun Keseksaan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat