Jambatan Bagan Datuk Siap April, Dijangka Wujudkan 4,000 Peluang Kerja – TPM

- Advertisement -

BAGAN DATUK – Sekurang-kurangnya 4,000 peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan apabila Jambatan Bagan Datuk – Kampung Sejagop siap dibina dan dijangkakan boleh beroperasi April ini.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat tapak pembinaan jambatan yang menghubungkan Pekan Bagan Datuk dalam daerah Bagan Datuk dengan Kampung Sejagop dalam daerah Perak Tengah, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata pembinaan jambatan itu dapat menjimatkan tempoh perjalanan warga Bagan Datuk ke Kuala Lumpur sehingga satu jam setengah apabila Lebuh Raya Pesisir Pantai Barat (WCE) lengkap nanti.

“Ini tentu memberikan kesan jangka panjang untuk warga Parlimen Bagan Datuk dan Pasir Salak. Saya sudah berbincang dengan pelabur asing supaya beberapa kilang dibina di seberang kedua-dua jambatan ini.

“Pada peringkat permulaan, 4,000 peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan ia bakal bertambah kepada 10,000 menjelang 2030 nanti.

“Tentutnya akan memacu pembangunan lain separti bangunan komersial, kawasan perumahan dan kuasa beli oleh mereka yang bekerja di sini,” kata Ahmad Zahid ketika ditemui hari ini.

Beliau juga berkata, projek pembinaan jambatan yang bermula sejak akhir 2016 itu sepatutnya siap pada 2020. Namun, ia tertangguh akibat beberapa faktor.

“Kita tahu terdapat beberapa kekangan yang dihadapi seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak kontraktor utama iaitu Naza Construction hadapi kenaikkan kos bahan binaan, masalah pekerja di lapangan serta iklim. Kini jambatan ini sudah 97 peratus siap,” katanya.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, projek yang menelan belanja RM406 juta itu membabitkan pembinaan jalan raya dari Pekan Jalan Datuk sejauh 8.2 kilometer (km) menggunakan ‘elevated rode’ bagi mengatasi masalah tanah gambut di sebelah Bagan Datuk. Panjang jambatan berkenaan adalah 1.54 km merentasi Sungai Perak.

“Tiada kenaikan kos yang perlu dibayar oleh kerajaan kerana ini adalah ‘design and build’. Maksudnya jika ada kenaikkan kos, ia akan ditanggung oleh kontraktor utama. Kerajaan bayar berdasar kos asal,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat