Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

- Advertisement -

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda akibat banjir tersebut.

Itulah yang berlaku kepada seorang pemilik rumah yang terputus dua dilanda arus di Kampung Tanjung Putus, Raub.

Pak cik Baharuddin bin Jami ketika berkongsi cerita akibat musibah yang telah berlaku pada dirinya berkata, kejadian itu berlaku awal pagi dan tiada apa yang dapat diselamatkan semasa kejadian tersebut.

“Dengan keadaan mata adik perempuan saya yang tidak nampak, dalam jam 2.30 pagi saya menghantar motor ke tempat yang selamat, dan selepa itu saya sediakan makan minum untuk adik saya makan ubat,

“Masa terus berjalan, dan pada jam 6.00 pagi, selepas bagi dia makan ubat, saya gunakan kerbau yang ditambat berdekatan rumah untuk membawa adik saya ke tempat yang selamat,

“Cuma dokumen yang dibawa semata-mata geran tanah dan geran motor sahaja, lain-lain barang habis dihanyutkan arus,” kata pak cik Baharuddin ketika berkongsi cerita sedih tersebut.

Tiada apa dapat diselamatkan selepas itu, janji nyawa adik saya dan dirinya selamat sudah, jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Raub Fadzli Mohamad Kamal ketika menziarahi pak cik Baharuddin berkata, banjir besar yang berlaku pada tahun ini (2021) sangat dasyat selepas 50 tahun (1971).

Ujarnya, arus yang membadai daripada Sungai Dong dan arus telah tolak rumah ini terus terputus dua.

“Badai arus yang sangat kuat,

“Yang terpisah ini bahagian bilik dan ruang tamu, betapa jauhnya arus itu membawa sebahagian rumah tersebut, lebih kurang 15 meter,

“Mujur dan syukur Alhamdulillah, nyawa pakcik baharuddin dan adiknya masih selamat,” ucapnya.

Menurut Fadzli lagi, Kampung Tanjung Putus adalah kampungnya sendiri, tak tahulah keadaan rumah atuk saya selepas kejadian banjir besar yang telah berlaku ini, katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat