REPUBLIKAN di Senat Amerika Syarikat meminta Demokrat menangguhkan sehingga Februari prosiding perbicaraan bagi pendakwaan ke atas bekas Presiden, Donald Trump.
Hujah mereka, ia bagi membolehkan pasukan Trump diberi masa membuat persediaan untuk pembelaan.
Dewan Perwakilan pada minggu lepas mendakwa Trump berperanan mencetuskan rusuhan yang melibatkan kematian di bangunan Capitol, sekali gus membuka ruang untuk Senat membicarakan kes berkenaan.
Jika didapati bersalah, Trump akan diharamkan bertanding.
Rusuhan di Capitol mengorbankan lima nyawa, empat daripadanya penunjuk perasaan dan seorang pegawai polis.
Sementara itu, beberapa pemimpin Demokrat menyokong penangguhan tarikh itu atas alasan ia memberikan lebih masa untuk Senat mengesahkan calon barisan Kabinet Joe Biden.
Bagaimanapun segelintir yang lain pula berpandangan, ia perlu dipercepatkan supaya pelan pemulihan berjalan lancar.