Klopp Tak Akan ‘Menangis’

- Advertisement -

LONDON: Jurgen Klopp berjanji tidak akan “menangis seperti budak lima tahun” jika Liverpool gagal memberikan pemain dimahukannya pada pasaran perpindahan Januari.

Skuad Klopp yang dilanda kecederaan, merudum ke kedudukan keempat Liga Perdana selepas lima perlawanan tanpa kemenangan.

Juara bertahan itu kini enam mata di belakang pendahulu, Manchester United dan tewas di Anfield dalam liga buat kali pertama sejak 2017 apabila Burnley menang 1-0 semalam.

Krisis dihadapi Liverpool membabitkan kecederaan pertahanan Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip.

Van Dijk dan Gomez tidak akan beraksi dalam tempoh yang lama dan Matip berdepan masalah kecergasan memaksa Klopp untuk menggunakan pemain tengah, Fabinho dan Jordan Henderson di pertahanan tengah.

Klopp berkata pengurusan tertinggi yang mengawal kewangan berkuasa mutlak terhadap sebarang pembelian pemain ketika COVID-19 memberi kesan terhadap kelab.

“Saya bukan lagi budak lima tahun, apabila saya tidak dapat apa yang saya mahukan, saya akan mula menangis,” kata Klopp menjelang pertembungan pusingan keempat Piala FA menentang Manchester United awal pagi Isnin ini.

“Sebahagian besar dalam hidup, saya tidak dapat apa yang saya mahukan. Mungkin kita semua sudah biasa dengan keadaan itu.

“Saya bertanggungjawab dalam sebahagian besar kelab ini, tapi ada orang bertanggungjawab terhadap semua perkara dan saya tidak boleh membuat keputusan bagi pihak mereka. Saya tahu mereka bersama kami dan mereka mahu menyokong dan mereka melakukannya.

“Pemain pertahanan tengah akan 100 peratus membantu. Bolehkah kami menjaringkan lebih banyak gol dengan pertahanan tengah? Saya tidak pasti. Bolehkah ia memberikan kami kestabilan dalam tempoh tertentu? Mungkin benar.” – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat