SPRM giat kesan mangsa penipuan sindeket penjualan pingat Persekutuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini masih giat mengesan mangsa-mangsa penipuan sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu yang ditumpaskan awal bulan ini.

Satu sumber mendedahkan, mangsa-mangsa ini telah diperdaya oleh seorang lelaki yang merupakan pemegang jawatan utama dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Lelaki tersebut telah disiasat oleh SPRM baru-baru ini, namun agensi penguat kuasa terbabit memerlukan mangsa-mangsa lain untuk tampil membantu siasatan,”lapor Utusan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, seramai tujuh mangsa sindiket tersebut dikenal pasti.

Kata beliau, lima daripada mereka telah tampil memberi keterangan.

“Pihak kami percaya masih ada beberapa mangsa yang perlu tampil untuk membantu melengkapkan siasatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Muhammad Aiman Jamil di talian 03-88700473 atau 017-2820484.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat