Koleksi majalah hiburan sejak 20 tahun lalu musnah akibat banjir

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Musnah semuanya,” luah peminat dan pengumpul majalah hiburan, Farid Said, 37, apabila semua koleksi majalah hiburan yang dikumpul sejak 20 tahun lalu musnah akibat banjir di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.

Antara koleksi majalah hiburan itu adalah Media Hiburan, URTV, Mangga, Hai, InTrend, Nona dan banyak lagi.

Farid yang tinggal di Seksyen 24, Shah Alam berkata, rumahnya antara ratusan kediaman yang dilanda banjir.

Menurutnya, dia sedih apabila tidak ada satu pun majalah yang boleh diselamatkan kerana semua sudah dipenuhi lumpur.

“Ini semua koleksi sejak 20 tahun lalu. Saya memang jaga dengan baik, tidak koyak, tak gunting dan tak bagi orang pinjam. Kalau ada yang tengok semua cakap macam majalah baharu.

“Saya sedih apabila semuanya musnah. Apatah semua majalah hiburan itu sudah tidak diterbitkan. Saya tahu akan ada yang cakap ‘alah majalah je kot’, buang ja. Tapi mereka tidak tahu saya beli semua ini dan simpan barang ‘rare’ ini. Kalau boleh dikira berdasarkan koleksi yang ada, saya anggarkan dalam puluhan ribu ringgit juga saya sudah belanjakan,” katanya kepada Harian Metro.

Farid berkata, walaupun sedih dia terpaksa ‘berpisah’ juga dengan semua koleksi itu.

“Akhirnya kena berpisah juga. Selamat tinggal majalah hiburan. Semua tinggal kenangan. Nak menjerit rasa,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Farid di laman Facebook itu turut mendapat perhatian beberapa artis antaranya Jihan Muse, Azharina dan ramai lagi.

“Tak semua orang paham minat kau. Tapi artis faham. Kau peminat paling tulus memang dari kecil suka artis walaupun dulu aku pun tak faham dan ingat hangat tahi ayam saja.

“Tapi sudah berpuluh tahun kau tetap dengan minat yang sama. Jadi kau lah peminat yang paling ‘pure’ dalam industri ini. Jangan sedih. Simpan dalam memori ya,” kata Jihan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat