Tujuh Sekeluarga Peluk Islam, Tertarik Sikap Ebit Lew Gemar Membantu

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sikap pemurah pendakwah Ustaz Ebit Lew gemar membantu golongan yang memerlukan telah menarik minat tujuh sekeluarga Cina di Gopeng, Perak untuk memeluk agama Islam, hari ini.

Ebit Lew berkongsi detik pengislaman tujuh sekeluarga Cina itu di Facebook beliau sebentar tadi, yang sehingga kini meraih 96 ribu tanda suka dan lebih 4,100 komen positif daripada netizen.

“Sebak sayu ziarah sekeluarga chinese peniaga buah di Medan Gopeng memeluk Islam. 7 orang semuanya mengucap syahadah. Sampai jer semua anaknya rakam video saya sepanjang disitu.

“Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di fb. Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang.

“Anak 11 tahun kata, ustaz beri saya nasihat saya nak jadi macam ustaz. Nak jadi hero. Doakan saya yer. Nak ambil gambar dengan ustaz. Ulang kali dia mintak nak bergambar.

“Saya kagum lihat kerajinan mak ayah. Anaknya semua rajin. Yang 11 tahun. Yang 7 tahun semua pandai kira. Saya beli buah. Semua ambil dan boleh kira congak je. Kakak bantu jaga adik-adik. Hebat mak ayah ini,” coret Ebit Lew di facebook beliau.

Ebit Lew turut mengucapkan penghargaan kepada Majlis Agama Islam Perak dan Masjid Cina yang turut membantu mengislamkan keluarga itu.

Selain itu, Ebit Lew turut menghadiahkan basikal kepada semua anak-anak keluarga saudara baru berkenaan.

“Anak ini rajin tengah kumpul duit beli basikal. Saya hadiahkan semuanya basikal. Gembira jumpa keluarga yang sangat baik ini.

“Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat. Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya raya dunia akhirat,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,502FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat