Pelabur Bimbang Varian Baru Covid-19, Pasaran Saham Ditutup Rendah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kebimbangan yang semakin melonjak terhadap jangkitan COVID-19, ditambah pula dengan harga minyak yang lemah telah menjejaskan sentimen para pelabur, mengheret Bursa Malaysia ke arah kerugian untuk hari keempat hari ini.

Pada penutup, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) hilang 15.97 mata kepada 1,631.92 selepas bergerak antara 1,625.39 dan 1,647.36 sepanjang sesi.

Kelebaran pasaran keseluruhan juga negatif apabila kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 1,045 berbanding 252, manakala 395 kaunter tidak berubah, 445 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 7.84 bilion unit bernilai RM4.14 bilion daripada 8.08 bilion unit bernilai RM3.66 bilion yang dicatatkan semalam.

Hari ini, penanda aras minyak mentah Brent jatuh 1.3 peratus kepada AS$50.25 setong.

“Jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat telah menyebabkan sekatan yang lebih ketat di Eropah dan ini telah mencetuskan kebimbangan yang diperbaharui di seluruh dunia mengenai pemulihan ekonomi,” kata seorang penganalisis.

Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 0.71 peratus kepada 26,119.25, Nikkei Jepun 225 turun 1.04 peratus kepada 26,436.39 manakala Indeks Straits Times Singapura berkurangan 0.67 peratus kepada 2,827.32.

Di kalangan saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank susut sebanyak lapan sen kepada RM8.40, Public Bank rugi 20 sen kepada RM20.46, Tenaga dan IHH Healthcare masing-masing jatuh 10 sen setiap satu kepada RM10.58 dan RM5.65, manakala Petronas Chemicals merosot sebanyak 13 sen kepada RM7.41.

Bagaimanapun, Top Glove dan Hartalega masing-masing naik tujuh sen serta 10 sen kepada RM6.69 dan RM12.60.

Bagi kaunter aktif, Techna-X berkurangan sebanyak dua sen kepada 14.5 sen, Vivocom jatuh 14 sen kepada 84 sen, Kanger tergelincir satu sen kepada 13 sen, manakala Bintai meraih tujuh sen kepada 73.5 sen, dan Iris menambah setengah sen kepada 39.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berada 139.36 mata lebih rendah pada 11,709.46, Indeks FBMT 100 kehilangan 132.47 mata kepada 11,481.7, Indeks FBM Emas Syariah merekodkan kerugian 105.2 mata kepada 13,181.34, FBM 70 jatuh 250.54 mata kepada 14,907.78 dan FBM ACE susut 1.25 mata kepada 10,477.2.

Indeks Perkhidmatan dan Produk Perindustrian menurun 2.47 mata kepada 172.49, Indeks Perladangan jatuh 76.74 mata kepada 7,281.45 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 234.14 mata kepada 15,149.44.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 4.79 bilion saham bernilai RM3.07 bilion daripada 4.81 bilion saham bernilai RM2.74 bilion yang direkodkan semalam.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 625.95 juta unit bernilai RM105.86 juta berbanding 585.12 juta unit bernilai RM104.35 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menurun kepada 2.42 bilion saham bernilai RM959.21 juta daripada 2.68 bilion saham bernilai RM815.02 juta sebelumnya.

Perkhidmatan dan Produk Pengguna menyumbang 580.31 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, Perkhidmatan dan Produk Perindustrian (1.45 bilion), Pembinaan (375.2 juta), Teknologi (299.49 juta), SPAC (sifar), Perkhidmatan Kewangan (94.23 juta), Hartanah (708.47 juta), Perladangan (96.38 juta), REIT (12.14 juta), Dana Tertutup (13,400), Tenaga (883.59 juta), Penjagaan Kesihatan (71.45 juta), Telekomunikasi dan Media (52.11 juta), Pengangkutan dan Logistik (106.03 juta) serta Utiliti (58.79 juta).

Sementara itu, Bursa Malaysia Securities Bhd mengumumkan pemindahan saham Greatech Technology Bhd daripada Pasaran ACE kepada Pasaran Utama di bawah sektor teknologi.

Dalam satu kenyataan, ia berkata pemindahan itu akan berkuat kuasa mulai 28 Dis 2020, jam 9 pagi. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat