TAWAU – Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Merotai Datuk Ruji Ubi memberi jaminan sekali gus berikrar akan menyelesaikan kemelut anak tanpa dokumentasi akibat masalah perkahwinan ibu atau bapa warganegara atau kelewatan mendaftar kelahiran.
Hal ini kata beliau pengalaman dan kepakaran yang dimiliki sewaktu berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kemudiannya menjawat jawatan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menamatkan kemelut masa depan anak tanpa dokumen.
“Isu di Sabah terutama di Merotai banyak permasalahan kelewatan, maksudnya walaupun sijil lahir telah diperolehi tapi proses untuk dapat sijil lahir tahulah di Sabah ini lama.
“Bila dapat sijil lahir lewat yang ini banyak berlaku sepatutnya kita kena selesaikan kerana ia melibatkan masa depan anak-anak tersebut, kalau dia bersekolah belum dapat kad pengenalan jadi mahu lanjut pelajaran susah, nak dapat bantuan pun sukar kerana isu dokumentasi, permohonan kad pengenalan daftar lewat ini perkara jadi hak mereka.
“Pengalaman saya kerja di KDN… jadi saya tawarkan kepada orang Merotai untuk selesaikan masalah dokumentasi ini kerana ia merupakan sebahagian tanggungjawab saya sebagai Adun sekiranya diberi mandat.
“Saya tahu menilai ketulenan dan yang mana boleh diragui, saya cukup mahir kerana penempatan saya sebagai pegawai kerajaan pun di JPN, dan hal dokumentasi di sini agak serius,” kata Ruji ketika sidang media pada Sabtu.
Selain itu, Ruji juga berharap dengan mandat rakyat pada 29 Nov ini Kerajaan Sabah baharu dibentuk adalah sejajar dengan Kerajaan Perpadauan di Persekutuan.
Katanya beliau mampu menyelesaikan masalah rakyat jika berperanan sebagi Yang Berhormat (YB) yang ada peruntukan untuk menyelesaikan masalah infrastruktur asas diperlukan rakyat.
“Isu pokok di Merotai ialah infrastruktur kampung, masalah infrastruktur asas ini hanya dapat diatasi oleh wakil rakyat (kalau dipilih) calon dari parti kerajaan.
“Presiden parti saya (PKR) ialah PM, dan jika saya Adun parti kerajaan di Putrajaya saya boleh langsung dengan Putrajaya yakni Kerajaan Perpaduan negeri GRS-PH dan parti komponen lain.
“Jadi untuk nikmati bonusnya rakyat Merotai memerlukan YBnya ada peruntukan…. dan kalau jadi Adun Sabah saya ada peruntukan, saya juga ada kawan-kawan di Putrajaya untuk minta bantuan mereka dan menyelesaikan permasalahan rakyat dalam tempoh 5 tahun mendatang,” ujar Ruji.



