CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Pejabat Negeri Selangor (SSO) telah menerima Special Recognition Award for Government &
Technical Agencies in Selangor sempena Majlis Selangor Investors Appreciation
Award yang berlangsung pada 20 November 2025.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin,
Pegawai Kewangan Negeri Selangor, dan diterima bagi pihak MCMC oleh Tuan
Haji Bukhari Yahya, Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri, MCMC.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan MCMC melalui SSO
dalam menyokong pembangunan infrastruktur komunikasi, meningkatkan
kesiapsiagaan teknikal, serta memperkukuh ekosistem pelaburan di Selangor
melalui kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri, agensi teknikal dan rakan
industri.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri
Besar Selangor, bersama para pelabur dan wakil industri.
MCMC mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga SSO dan warga MCMC
atas kerjasama padu yang telah menyumbang kepada kejayaan ini. MCMC akan
terus komited dalam memperkasa pembangunan infrastruktur komunikasi,
meningkatkan ketersambungan, dan menyokong agenda pelaburan negeri serta
negara.



