Isu Papan Iklan : ‘Cukup Cukuplah Mencemarkan Bahasa.’

- Advertisement -

‘Pencemaran bahasa’ pada papan iklan adalah fenomena yang menimbulkan ancaman besar terhadap integriti linguistik dan warisan budaya.

Penggunaan bahasa yang tidak betul termasuk kesalahan tatabahasa, kesilapan ejaan dan ungkapan slanga akan memberi kesan kepada pendidikan bahasa dan identiti budaya apa tah lagi jika merojak atau membanggakan bahasa selain bahasa Kebangsaan.

Papan iklan telah menjadi medium untuk menyampaikan mesej yang jelas dan ringkas kepada khalayak. Peralihan ke arah bahasa yang lebih sensasi dan menarik perhatian menjejaskan standard tatabahasa bahasa Melayu.

Isu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewajibkan pemilik perniagaan mempamerkan papan tanda berbahasa Melayu mengikut peraturan papan tanda komersial menjadi perbualan apabila Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun menganggap ianya sesuatu yang tergesa-gesa.

Beliau melahirkan rasa kebimbangan sambil menegaskan tindakan keras itu sebagai terlalu tergesa-gesa dan mengganggu, terutama di bandar berbilang budaya dan antarabangsa seperti Kuala Lumpur.

Bagi UMNO Bukit Bintang pula, berpandangan bahawa sebagai sebuah negara berbilang kaum dengan kepelbagaian budaya dan bahasa seharusnya mereka mengutamakan bahasa Kebangsaan dan bukannya merojak atau membanggakan bahasa selain dari bahasa Kebangsaan dan ianya termaktub didalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman, berkata beliau sangat bersetuju jika pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengizinkan agar peniaga dibolehkan mengekalkan estetika perniagaan masing masing tetapi menggunakan Bahasa Malaysia kerana ia mencerminkan Bangsa Kebangsaan yang sebenar. Bahasa Terjemahan juga dibenarkan sebagai ‘secondary mengikut garis panduan yang ditetapkan . Tidak ada masaalah pun untuk pelancong atau pelawat asing.

“Kita tidak mahu melihat papan iklan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur ini di rojakkan dengan pelbagai bahasa yang boleh membuat kebanyakkan pelancung terkeliru sama ada mereka berada di Bandaraya Kuala Lumpur atau di Hong Kong”

“Sudah sampai masanya pihak DBKL menguatkuasakan pengunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama di dalam iklan dan ianya boleh di contohi oleh lain-lain majlis perbandaran sebagai mencerminkan imej Malaysia”

YM Datuk Tengku Azman meluahkan rasa kekecewaan dan kebimbangannya terhadap penggunaan cara meluas tulisan bahasa asing di kebanyakkan kompleks beli-belah di Kuala Lumpur, yang menurutnya memberi kesan kepada identiti kebangsaan.

#memenangkanpilihanraya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat