Piala Dunia: Arab Saudi Cipta Kejutan Tewaskan Argentina

- Advertisement -

QATAR – Arab Saudi mencipta satu daripada kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia apabila menewaskan Argentina, 2-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C, hari ini.

Jaringan Saleh Al-Shehri dan Salem Al-Dawsari mengejutkan Argentina yang dianggap pasukan pilihan edisi kali ini.

Arab Saudi yang menduduki ranking ke-51 dunia, ketinggalan menerusi sepakan penalti Lionel Messi pada minit ke-10, tetapi Al-Shehri menyamakan kedudukan pada minit ke-48.

Penyokong Arab Saudi melonjak kegembiraan lima minit kemudian apabila sepakan melencong Al-Dawsari dari luar kotak penalti menerjah masuk ke gawang Argentina.

Argentina berada pada landasan untuk menyamai rekod Itali iaitu 37 perlawanan tanpa tewas selepas Messi menjaringkan gol pada penampilan kelima dan terakhirnya di Piala Dunia menerusi sepakan penalti pada minit ke-10.

Tetapi, tiga gol mereka dibatalkan kerana ofsaid iaitu satu daripada Messi dan dua lagi daripada Lauturo Martinez.

Argentina sepatutnya menang selesa sebelum rehat, tetapi segala-galanya berubah apabila babak kedua bersambung.

Selepas dua gol itu, pemain Arab Saudi bertahan dengan baik sehingga masa kecederaan yang panjang untuk mengekalkan pendahuluan dan mengesahkan kemenangan bersejarah. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat